embassy seal US Department of State
U.S. Embassy Malaysia flag graphic

ACARA & PERISTIWA

Acara & Peristiwa 2008

Terry Sorgi bersama peserta dari SEGi College

"Berniaga dengan A.S.": Atase Perdagangan Kedutaan membincangkan isu-isu perdagangan dengan penuntut Kolej SEGi Kuala Lumpur

Atase Perdagangan A.S. Terry Sorgi membincangkan isu-isu perdagangan antarabangsa dengan 120 orang pelajar kursus perniagaan dan kewangan di Kolej SEGi di Kuala Lumpur pada 12 Novermber, 2008. Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi status perdagangan A.S.-Malaysia, terutamanya rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), dan krisis kewangan global semasa. Pelajar-pelajar tersebut sedang mengikuti Program Berkembar Ijazah antara Kolej SEGi dan Universiti Fayette Iowa Utara, Iowa. Selepas penerangan itu, Encik Sorgi dan Pakar Perdagangan Tracy Yeoh telah dibawa melawat kemudahan pendidikan di kolej tersebut dan menikmati jamuan makan tengahari bersama fakulti dan para pelajar.

 

Duta Besar Keith dan AMCHAM Iktiraf Pencapai Pelajar Melalui Program Usahawan Muda 2008

Duta Besar James Keith berucap di hadapan tetamu Duta Besar James Keith meraikan bakat dan potensi keusahawanan di Program Usahawan Muda (UM) Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) yang ke-19 di Wisma MCA di Kuala Lumpur. Program ini merupakan kemuncak Program UM selama setahun yang memberi peluang kepada para pelajar Tingkatan 4 (berumur 16 tahun) untuk menjadi usahawan dengan memulakan dan menguruskan syarikat masing-masing. Seramai lebih 300 pelajar daripada 15 sekolah menengah telah menyertai program ini dengan mempamerkan kreativiti mereka dalam mengkonsepsikan dan mengeluarkan produk-produk unik yang dijual untuk menjana modal perniagaan mereka sepanjang program sembilan bulan itu. Anugerah Pencapaian Usahawan Muda (UM) mengiktiraf dan menggalakkan prestasi cemerlang di kalangan syarikat-syarikat yang dibentuk bawah Program Usahawan Muda (UM). Duta Besar Keith menyampaikan beberapa anugerah kepada pemenang dan melawat pameran produk oleh peserta Program UM.  

 

Meraikan Demokrasi: Kedutaan KL menyaksikan Pilihan Raya Presiden A.S. 2008

Para tetamu yang hadir diprogram Plihan Raya Presiden A.S. 2008 Pada pagi 5 November, satu program menyaksikan keputusan Pilihan Raya Presiden A.S. telah diadakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur dan dihadiri oleh lebih 400 orang tetamu jemputan. Bahagian Hal Ehwal Awam telah menyediakan satu pameran maklumat dan beberapa aktiviti lain untuk para tetamu, termasuk pilihan raya percubaan.   Selanjutnya

 

Islam di Amerika oleh Profesor John Voll di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Profesor John Voll Pada 31 Oktober, Profesor John Voll dari Universiti Georgetown telah menabat hati 400 orang pelajar dan ahli fakulti dengan memberi kuliah yang bertajuk "Islam in America Post 9/11: Bridging the Gap Between the US. and the Muslim World." Kuliah tersebut anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ini memberi tumpuan kepada betapa pentingnya umat Islam dan agama Islam di Amerika terhadap pembentukkan hubungan antara A.S. dan dunia Islam. Voll menjelaskan bahawa umat Islam Amerika, terutamanya mereka daripada masyarakat sivil dan akademia, memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman tentang Islam di seluruh dunia.

Voll juga membincangkan tentang keadaan di A.S. selepas 9/11 dan bagaimana peristiwa tersebut telah mendorong lebih banyak interaksi perbincangan antara umat Islam dan pengikut agama-agama lain di Amerika, bagi merapatkan jurang antara komuniti dan meningkatkan dialog antara agama.  

 

Sarjana Fulbright A.S. membincangkan tentang "Korporat Islam dan Tempat Kerja Islam di Malaysia"

Dr. Patricia Sloane-White Pada 14 Oktober, Persatuan Alumni Fulbright Malaysia (PAFM) dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia telah menganjurkan suatu ceramah yang bertajuk "Koporat Islam dan Suasana Kerja Cara Islam di Malaysia" oleh Dr. Patricia Sloane-White dari Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dr. Patricia merupakan Sarjana Fulbright Kanan dan Penolong Profesor dari Universiti Delaware yang menghabiskan masa selama setahun di UIAM di bawah Program Fulbright A.S.   Selanjutnya

 

Apa Ertinya Menjadi Seorang Islam Di Amerika Syarikat: Imam Amerika Berucap Dengan Audiens Malaysia

Audiens Imam Mohamad Bashar Arafat, Presiden Majlis Hal Ehwal Islam Maryland, Pengasas dan Presiden Yayasan Kerjasama dan Pertukaran Tamadun, tiba di Malaysia pada bulan September 2008 untuk meningkatkan persefahaman antara umat Islam dan bukan Islam. Semasa kunjungan beliau ke Malaysia melalui program Speaker A.S. anjuran Jabatan Negara A.S. baru-baru ini, Imam Arafat telah berbincang tentang Islam dan apa ertinya menjadi seorang Islam di Amerika dengan audiens di Kuala Lumpur, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Sarawak.   Selanjutnya

 

Kaunselor Marrie Schaefer Bertemu Rakan-Rakan Pusat Sumber Lincoln

Kaunselor bersama para tetamu Kaunselor bagi Hal Ehwal Awam Marrie Schaefer bertemu dengan 20 pengarah kanan perpustakaan dan pusat penerangan serta penyelaras-penyelaras kolej dan universiti yang menawarkan Program Ijazah Amerika pada jamuan tengah hari anjuran Pusat Sumber Lincoln (LRC) pada 23 Januari lalu di Kuala Lumpur.  Selanjutnya

 

Duta Besar Anjur Iftar Untuk Alumni International Visitor Leadership Program

Duta Besar bersama para tetamu Pada 2 September, Duta Besar telah menjadi tuan rumah untuk majlis berbuka puasa di kediaman beliau bagi meraikan alumni International Visitor Leadership Program (IVLP). Seramai 45 tetamu dari Malaysia dan Amerika hadir pada makan malam tersebut. Para tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, wakil-wakil NGO, artis-artis, para pemimpin agama, dan wakil-wakil parti politik dan mereka semua adalah ahli Persatuan Malaysian American Friendship Alumni Association (MAFAA). Selanjutnya

 

Program Bahasa Inggeris di Sudut Lincoln Melaka

Para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti Bahagian Hal Ehwal Awam telah menganjurkan program bahasa Inggeris selama satu hari di Sudut Lincoln pada bulan Ogos. Lebih 70 orang pelajar dan guru berlatih dalam bahasa Inggeris melalui mendengar, bertutur, dan membaca semasa sesi-sesi interaktif berkaitan sukan, muzik, dan politik Amerika yang dipimpin oleh kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat. Para pelajar juga turut serta dalam mencari harta karun berpasukan.   Selanjutnya

 

Sultan Selangor melawat U.S.S. Ronald Reagan

On the flight deck of the U.S.S. Ronald Reagan, on Wednesday, August 20, 2008: (from Left) Commanding Officer of the U.S.S. Ronald Reagan, Capt. Kenneth J. Norton, U.S. Ambassador James R. Keith and Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang diiringi Duta A.S. James R. Keith, telah berkenan membuat lawatan ke U.S.S. Ronald Reagan pada hari Rabu, 20 Ogos. Kapal perang U.S.S. Reagan berlabuh di Pelabuhan Klang atas tujuan lawatan operasi. Kapal yang dinamakan sempena presiden A.S. yang ke-40 adalah kapal induk berkuasa nuklear kelas Nimitz yang dilengkapkan pada bulan Julai 2003. Dengan dua reaktor nuklear, kapal induk ini mampu beroperasi selama 20 tahun tanpa mengisi semula minyak dan membawa seramai lebih 5,500 anak kapal dan lebih 80 buah pesawat udara.   Selanjutnya

 

Mengimbas Kembali Sejarah di Sidang Video Digital (DVC) pada 11 Ogos di Sudut Lincoln Kuala Lumpur

Book cover of Elephants for Mr. Lincoln by Dr. Anita Hibler Dr. Anita Hibler dan William Strobridge telah menerbitkan Elephants for Mr. Lincoln: American Civil War-Era Diplomacy in Southeast Asia, sebuah buku baru di Sudut Lincoln Kuala Lumpur, yang membababkan zaman menarik dalam perhubungan Amerika Syarikat dengan Asia Tenggara. Pihak kedutaan telah menjadi tuan rumah persidangan video digital dengan Dr. Hibler di Sudut Lincoln Kuala Lumpur pada 11 Ogos.   Selanjutnya

 

Kehidupan Pelajar di Malaysia dan A.S.

Kaunselor Perhubungan Awam Seratus siswa-siswi dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan 12 pelajar dari universiti-universiti Amerika Syarikat bekerjasama untuk mengadakan seminar satu hari untuk bertukar pendapat dan pandangan tentang "Kehidupan Pelajar di Malaysia dan A.S." di Kuantan, Pahang.   Selanjutnya

 

Kumpulan Rock 'n' Roll Amerika, Top Cover, di Kuala Lumpur

Top Cover bersama kanak-kanak temptatan Top Cover, sebuah kumpulan rock 'n roll Tentera Udara yang berpangkalan di Alaska, membuat persembahan untuk para penonton Malaysia selama enam hari pada bulan Julai. Kumpulan tujuh ahli yang bertenaga ini memainkan pelbagai muzik popular termasuk rock 'n roll klasik dan 40 lagu paling popular, serta beberapa lagu popular di Malaysia.   Selanjutnya

 

Pelajar pertukaran UGRAD Malaysia memulakan pengajian di A.S.

Para pelajar UGRADTujuh siswa-siswi dari universiti-universiti Malaysia berlepas ke Amerika Syarikat pada bulan lepas untuk menyertai program pertukaran pelajar universiti "Global UGRAD". Program ini menawarkan biasiswa kepada para pelajar Malaysia untuk menyertai program bukan ijazah selama satu semester atau satu tahun di universiti Amerika.   Selanjutnya

 

Para pelajar PPM merapatkan jurang perbezaan antara Malaysia dan Amerika Syarikat

Ambassador Keith celebrates with YES students Program Pertukaran dan Pengajian Muda-Mudi (PPM) ditaja oleh Jabatan Negara A.S. dan kini berada dalam tahun kelima penubuhannya. PPM bertujuan merapatkan jurang perbezaan antara para pelajar Amerika dan pelajar asing. Dari bulan Januari hingga Julai tahun ini, seramai 40 pelajar Malaysia telah berpeluang belajar di sekolah tinggi Amerika.   Selanjutnya

 

kembali ke atas ^

— JARINGAN PENTING —

Duta Besar
Timbalan Ketua Misi
Perhubungan Awam
Peluang Perniagaan
Atase Pertahanan
Ekonomi
Pertanian
Pejabat Konsular
Lain-Lain


     Laman ini dikendalikan oleh Jabatan Negara AS.
     Sebarang pautan luar ke laman internet yang lain tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan terhadap pandangan atau polisi privasi yang terkandung di dalamnya.
Embassy of the United States