|
Seratus siswa-siswi dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan 12 pelajar dari universiti-universiti Amerika Syarikat bekerjasama untuk mengadakan seminar satu hari untuk bertukar pendapat dan pandangan tentang "Kehidupan Pelajar di Malaysia dan A.S." di Kuantan, Pahang. Para pelajar menceritakan tanggapan mereka terhadap negara rakan masing-masing, dan berkongsi maklumat serta persepsi serong tentang kehidupan pelajar dan budaya popular. Perbualan antara para pelajar amat bertenaga dan para peserta mempamerkan minat yang mendalam untuk mengenali antara satu sama lain. Acara satu hari ini dianjur oleh Universiti Malaysia Pahang, Kedutaan A.S., dan PPP bagi Pengguna Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Acara & Peristiwa lain
|