embassy seal US Department of State
U.S. Embassy Malaysia flag graphic
Kedutaan
Cuti Umum
> Pejabat-pejabat
Duta Besar
Khidmat Konsular

Pejabat Perhubungan Awam

Kaunselor Perhubungan Awam: Marrie Y. Schaefer

Pejabat Perhubungan Awam bertanggungjawab terhadap hubungan akhbar, khidmat sumber maklumat, dan program-program kebudayaan Kedutaan A.S. Pejabat Hal Ehwal Awam diketuai Kaunselor Hal Ehwal Awam dan dibantu oleh Atase Akhbar dan Atase Kebudayaan.

Bahagian Akhbar mengendalikan segala perhubungan antara Kedutaan Amerika Syarikat dan pihak media: Menjawab soalan daripada pihak akhbar, menyediakan maklumat tentang dasar luar A.S. dan isu-isu semasa kepada pihak media, dan mengatur sesi temuramah dengan para pegawai kerajaan A.S. serta mengadakan liputan akhbar bagi acara-acara anjuran Kedutaan.

Bahagian Kebudayaan mengendalikan pelbagai program pertukaran pembangunan profesional dan pendidikan, termasuk Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa yang menghantargolongan profesional peringkat pertengahan ke A.S. untuk bersuai kenal dengan rakan-rakan sejawat mereka dan mengenali A.S. secara lebih dekat. Bahagian ini juga mengendalikan Program Pidato A.S. yang mengundang pakar-pakar Amerika dari pelbagai bidang untuk memberi syarahan di universiti, menyertai seminar, dan bertukar pendapat dengan audiens Malaysia.

Bahagian Kebudayaan juga menyokong aktiviti-aktiviti pengurusan program dan nasihat pendidikan anjuran Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) yang menjalankan pelbagai program pendidikan, termasuk Program Biasiswa Fulbright. SMAPP juga menyediakan maklumat dan panduan tentang pendidikan di Amerika Syarikat.

Pusat Sumber Lincoln menyediakan khidmat penyelidikan dan rujukan yang mengkhusus kepada isu-isu dasar, perundangan, perdagangan, sosial, dan kebudayaan, antara lainnya. Pusat ini memberi respons kepada pertanyaan daripada para pegawai kerajaan, akademik, pihak media, dan orang awam. Pusat ini sentiasa mengemaskinikan sumber-sumber sedia ada dalam laman Web Kedutaan A.S. dan memastikan bahawa pengunjung dalam talian disediakan dengan maklumat yang menarik dan penting.

Para pustakawan Pusat Sumber Lincoln menyelia tujuh buah Sudut Lincoln yang terletak di dalam perpustakaan awam di seluruh Malaysia. Sudut-sudut ini menempatkan koleksi-koleksi khas terbitan Amerika yang bermutu tinggi, termasuk buku-buku fiksyen dan bukan-fiksyen, pelbagai jenis jurnal dan majalah, dan media elektronik.

Pejabat Perhubungan Awam menawarkan khidmat Persidangan Video Digital (PVD) antara para pegawai A.S. atau pakar-pakar di A.S. dan audiens di Malaysia melalui kemudahan PVD di Kedutaan dan Sudut-sudut Lincoln. Penggunaan bahan-bahan perpustakaan dan penyertaan dalam acara PVD serta program-program pidato yang lain adalah percuma.

kembali ke atas ^

— JARINGAN PENTING —

Duta Besar
Timbalan Ketua Perwakilan
• Perhubungan Awam
Peluang Perniagaan
Atase Pertahanan
Ekonomi
Pertanian
Pejabat Konsular
Lain-Lain


     Laman ini dikendalikan oleh Jabatan Negara AS.
     Sebarang pautan luar ke laman internet yang lain tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan terhadap pandangan atau polisi privasi yang terkandung di dalamnya.
Embassy of the United States