|
Timbalan Ketua Misi yang baru di Kedutaan Kuala Lumpur, Rob Rapson, tiba pada hari Jumaat, 25 Julai 2008 dan telah memulakan
tugasnya.
Encik Rapson adalah diplomat kerjaya A.S. dan telah menyertai Jabatan Negara A.S. pada tahun 1983. Sebelum ini beliau pernah
menyandang jawatan Pengarah Pejabat Tanah Besar Asia Tenggara (TBAT), yang memikul tugas-tugas utama di Jabatan Negara berkaitan
isu-isu di Burma, Kemboja, Laos, Thailand, dan Vietnam. Beliau memegang jawatan Timbalan Pengarah TBAT dari Ogos 2005 hingga Julai
2006.
Jawatan-jawatan yang disandang oleh Encik Rapson sebelum itu termasuk Kaunselor Menteri Ekonomi di Kedutaan A.S. New Delhi, dua
tempoh memegang jawatan di Kedutaan kami di Seoul, Korea, and tugas-tugas luar negeri di Jepun dan Indonesia. Sebaik sebelum
ketibaannya di Pejabat Hal Ehwal Tanah Besar Asia Tenggara, beliau adalah Ketua Bahagian Hal Ehwal Dua Hala bagi Asia, Timur Tengah,
dan Afrika di Jabatan Biro Ekonomi. Tugas-tugas Encik Robson yang lain di Washington termasuk jawatan di Pejabat Hal Ehwal Jepun
dan Pegawai Pemerhati di Pusat Operasi Jabatan Negara.
Encik Rapson memperoleh kelulusan ijazah sastera di Universiti Pennsylvania State dan merupakan graduan daripada Sekolah Amerika
Singapura. Beliau sudahpun berumahtangga dan mempunyai dua orang anak.
Timbalan Ketua Misi adalah pegawai kedua tertinggi di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia. Beliau juga merupakan
"Ketua Pegawai Operasi" di kedutaan Amerika ini dan bertanggungjawab ke atas urusan harian pentadbiran Kedutaan. Selaku
timbalan kepada Duta Besar, beliau berhak menggantinya dan bercakap bagi pihaknya dalam semua hal. Semasa ketiadaan Duta
Besar, beliau secara rasmi menggantikannya sebagai pegawai tertinggi Amerika Syarikat, berkhidmat secara rasmi sebagai
Charge d'affaires ad interim di kedutaan ini.
|