Program Maklumat Antarabangsa (IIP) (Alih Bahasa)
Kehidupan
Umat Islam Di Amerika (Muslim Life in America)
Suara
Umat Islam Amerika (American Muslim Speak Up)
Kehidupan
di Dua Kebudayaan
“Saya
rasa diri saya bernasib baik kerana berpeluang mendapat pendedahan kepada
kedua-dua kebudayaan. Anak-anak saya suka mengingatkan kembali kepada keluarga
kami di Istanbul – kami tiada TV, kami berkongsi perasaan. Di Amerika Syarikat,
sikap bersendiri adalah dihormati, saya menyukai akan ketenangan dan ketenteraman,
kebebasan akhbar, dan luahan politik yang saya lalui.”
-Necva
Ozgur, pengetua Sekolah New Horizon, Pasadena, California
“Saya
tidak menggambarkan diri saya melalui pengenalan yang berbeza. Kayu pengukur
yang saya gunakan ialah pada keluhuran; kesemuanya jatuh pada tempatnya.
Pengenalan saya adalah sebagai seorang warga Amerika-Palestin yang beragama
Islam.”
-Dr.
Laila al-Marayati, ahli Suruhanjaya A.S. kepada International Religious
Freedom
“Islamlah
yang mendefinasikan diri saya – bagaimana saya membimbing diri sendiri
dan mengatasi aktiviti seharian di tempat kerja dan di rumah. Sejak saya
dilahirkan di Iraq, saya mematuhi ‘budaya kami’ dan bukan ‘budaya saya’
di barat. Keluarga dan rakan-rakan saya merupakan elemen yang terpenting
sekali dalam kehidupan saya; layanan baik dan ambil berat tentang orang
lain adalah menjadi keutamaan; hirarki kekeluargaan merupakan tonggak kepada
sebarang keputusan yang bakal dibuat…Matlamat saya yang pertama adalah
untuk mengenali siapa diri saya, menjadi seorang Islam, keturunan Arab
Iraq, atau Amerika. Apabila kesemua pengenalan bersatu dan aman, mereka
menjadi satu objek yang boleh membawa kepada motivasi dan kuasa. Apabila
kesemua pengenalan ini bertembung – sepertimana yangberlaku
semasa Perang Teluk – mereka membawa konflik yang pedih dan menyakitkan.”
-Ilham
a-Sarraf, ahli psikologi
“Saya
bukan sahaja berbangga menjadi rakyat Amerika – membawa paspot Amerika
dan mengembara ke seluruh dunia – saya merasakan yang saya boleh menjadi
diri sendiri, seorang Islam yang taat, khususnya di Amerika. Ini bermakna
saya boleh bangun pada waktu pagi tanpa rasa takut dan pulang ke rumah
pada waktu petang juga tanpa rasa takut. “
-Imam
Yahaya Hendi, ketua di Georgetown University, Washington, D.C.
“Kajian
menunjukkan bahawa pelajar perempuan pada umumnya tidak mengikuti sukan,
terutama sekali apabila mereka terpaksa berlawan dengan pelajar lelaki.
Kami ingin memastikan pelajar perempuan mempelajari teknik-teknik kesukanan
tanpa berasa ketinggalan di belakang walaupun dengan pemakaian yang agak
konservatif. Kami mahu mereka menikmati sebahagian daripada kehidupan rakyat
Amerika dan bukan sesuatu keganjilan. Seorang ibu yang bertudung kepada
seorang pemain bola sepak duduk ditepi padang menyaksikan perlawanan yang
disertai oleh anak perempuannya tidak seharusnya malu malah bertindak seperti
kebiasaan. “
-Semeen
Issa, pendidik
“Nilai-nilai
seorang warga Amerika adalah selari dengan nilai-nilai Islam, dengan memfokuskan
kepada keluarga, agama, bekerja keras dan kewajipan terhadap kehidupan
yang lebih baik dan masyarakat. Islam melarang pengambilan alkohol dan
dadah, dan melarang seks sebelum berkahwin. “
-Shaheed
Amanullah, jurutera di San Francisco
“Saya
menjadi seorang penyokong fanatik kepada kerajaan Amerika Syarikat. Bagi
saya, wawasan Founding Fathers adalah sama dengan wawasan yang terdapat
dalam agama Islam.”
-Warith
Deen Mohammed, imam kepada 2.5 juta ahli Persatuan Muslim Amerika
“Bendera
Amerika melambangkan kesemua nilai-nilai agama Islam: kebebasan, kebebasan
hak awam, dan menghormati kehidupan manusia.”
-Shaker
Elsayed, Setiausaha Agung Penduduk Islam
“Sesiapa
yang mencari-cari nilai-nilai kehidupan rakyat Amerika yang lama boleh
mencarinya di dalam Islam. Ia menegaskan perpaduan keluarga, kasih terhadap
ibu dan ayah, dan membesarkan anak-anak dengan agama.”
-Amira
Elazhary Soabol, profesor di Georgetown University
Menyertai
Sistem Politik A.S.
“Apabila
orang mengatakan kami tidak akan memilih pegawai warga Islam-Amerika, saya
mengatakan, ‘Itu adalah perkara yang sama mereka katakana tentang seorang
penganut Katholik bernama Kennedy semasa merebut jawatan presiden’.”
-Suhail
Khan, kakitangan kongres
“Perlembagaan
A.S. memberi gambaran sebuah negara Islam yang sempurna. Ia melindungi
nyawa, kebebasan dan harta benda.”
-Muhammed
Muqtader Khan, guru politik Amerika
Menafsirkan
Tradisi Islam
“Pada
hari ini masjid bukan sahaja menjadi pusat untuk aspek kerohanian, ia turut
menjadi asas bagi pergerakan politik dan sosial, tumpuan bagi umat Islam
agar mereka tidak lagi menjadi satu masyarakat Islam tradisional. Umat
Islam percaya, penglibatan dengan kumpulan masyarakat yang lebih besar
akan membolehkan mereka berkhidmat kepada Amerika.”
-Nihad
Awad, pengarah eksekutif Majlis Perhubungan Islam-Amerika
“Umat
Islam di seluruh dunia amat berharap terhadap kesatuan ummah di Amerika
Syarikat dan Kanada. Kecergasannya, pendekatan terbarunya, bebas daripada
kejahilan serta perkembangan pantas adalah harapan mereka untuk satu pembaharuan
dalam Islamisasi di seluruh dunia.”
-Murad
Wilfried Hofmann, pesara diplomat Jerman dan hakim Islam
“Orang
Islam lama kelamaan semakin berani untuk menuntut hak mereka di tempat
umum. Mereka masih melihat diri mereka sebagai kumpulan ‘luar’ daripada
sebuah kumpulan teras dalam kehidupan rakyat Amerika pada masa ini, tetapi
ia akan berubah apabila mereka bertukar kepada posisi di mana boleh mereka
boleh memasukkan warisan mereka….Ia merupakan corak yang biasa dalam sejarah
Amerika apabila setiap kumpulan penghijrah telah membentuk satu himpuan
jemaah mereka, kehidupan menjadi berbeza daripada tempat asal mereka. Masjid-masjid
bukan sekadar tempat mengerjakan amal ibadat, ia juga merupakan pusat-pusat
untuk keseluruhan program-program persatuan dan komuniti sama seperti yang
berlaku pada anggota Lutheran di Jerman, Katholik di Ireland dan Itali
dan Pemulihan Belanda berabad-abad dahulu.”
-David
Roozen, Hartford Seminary
LRC
Online Home | Laman
Utama | Misi A.S. di Malaysia
| Department of State |
LRC
E-Jurnal | Washington
File | English Homepage